Monday, December 28, 2009

Apa depa kata dan apa kata kita

Ini sebenarnya posting yang dah siap 3 hari lepas tetapi tak berkesempatan nak dipostkan kerana kesibukan. Apa yang aku sentuh dalam posting ini adalah tentang ceriter 'kehilangan'. Ilham ini datang setelah melihat tajuk ini... "Selain enjin... apa lagi yang hilang?" di dalam blog wartamaya.

Well... TUDM kehilangan dua enjin jetnya.... apa kata mereka??

Najib kata:
Siasatan dalaman sudah dibuat dan laporan polis juga sudah dibuat. Kita takkan sorok punyer.

Kata kita: Isy... ya ke?? Boleh percaya ke ni??

AG pulak kata: Ini kes serius. Hasil siasatan sudah diterima. Kita akan tunggu siasatan lengkap dan tindakan akan pasti akan diambil.

Kata kita: Eeeeiii... betoi ke ni? Lambatnya.... macam kura-kura. Dari 2007 samapi 2009, takkan lama sangat nak dakwa kot?? Ini kerajaan siasat kerajaan, boleh percaya ke?? Siapa ler yang akan jadi kambing hitam pulak kali ini??

Zahid Hamidi kata: Kecurian berlaku pada tahun 2007. Siasatan sudah dijalankan. Bloggers dan media jangan nak memandai-mandai mensensasikan isu ini. Kemudian, kabinet pulak mengiyakan cakap si Zahid. Kata demer, mulai now... hanya AG jer yang boleh buat kenyataan tentang isu kehilangan enjin jet tu. Yang lain shut up!!

Kata kita: Apasal pulak?? Jangan nak guna isu keselamatan negara. Komer sebenarnya yang tak tahu dan gagal nak jaga benda-benda yang ada kaitan dengan keselamatan negara. Apabila kecurian terbongkar, baru nak mengelabah. Kalau tak terbongkar... alamat, leboh gitu ler duit rakyat RM50 juta tu. Siapa yang dapat $$$$$$$ daripada kecurian ini agaknya, ya?? Larangan tutup mulut tu, rasanya taktik nak cover line ler tu. Ini mesti ada orang yang ada 'kuasa' terlibat sama tapi wallahualam ler.

Khalid Samad pulak kehilangan Toyota Fortunernya....

Kata dia: Eleh... 2 bijik enjin jet pun boleh hilang, apa sangat ler Fortuner saya!!

Kata kita: Betoi sesangat tu YB. Kereta YB hak peribadi tetapi enjin jet hak rakyat... dibeli dengan duit rakyat untuk pertahanan dan keselamatan negara. Kalau tanggung jawab itu pun gagal dilaksanaklan, lebih baik letak jawatan. Itu pun kalau ada demer ada maruah ler?? Ada maruah?? Ha ha ha...

Setev Shaaribu kehilangan anaknya Altantunya....

Setev kata: Damn it!! Orang lain makan nangka, orang lain pulak kena getahnya. Aku tak percaya sistem kehakiman negara Satu Malaysia. Shit semuanya!!

Jabatan Peguam Negara kata: Eh, dua orang yang tak bermotif sudah disabit kesalahan di mahkamah dan mereka akan ke tali gantung... Apa bising-bising lagi?

Kata kita: Hotak ngko!! Penyiasatan dan perbicaraan pun dijalankan dalam keadaan penuh tak masuk akai, kau kata adil? Habis yang si Sirul kata dia di'kambinghitam'kan tu apasal lak??? Siapa yang meng'kambing hitam'kan dia dan mengapa dia di'kambing hitam'kan??

Negara rugi akibat 'hilang' duit juta-juta melalui transaksi haram....

Big Mama boleh said: Weh... 600 ribu, no big deal what??

Kata kita:
Lu cakap senang la... sebab bukan duit mak bapak lu. Tapi orang nak tau dari mana lu dapat duit tu?? Apa lu buat sama duit itu?? RM600 ribu?? No big deal...?? Cara transfer duit cara haram dan menyalahi undang-undang negara, ko kata kata no big deal?? Memang dia ni perasan yang negeri ini hak milik dia kot!! Kaduk naik junjung betoi ler minah ni!!

Mohamad Bin Haji Hassan kata: RM10 juta?? Arrr.... aaarrrr... arrr.. Aku mana tau. Orang bawah aku yang buat kerja.

Kata kita:
Weh... orang bawah ke, orang atas ke.... itu lu punya duit bukan?? Bila sudah terbongkar lu buat-buat tak tau. Sekarang lu kasi tau mana lu dapat itu RM10 juta?? Kasi semua orang tahu!! Sebab itu buat cara haram... lu takut orang dapat kesan bukan??

Tian Chua kata: Bank Negara dan SPRM siasat dan umumkan segera hasil siasatan. Salah tu... kerana melanggar Akta Pengurupan Wang 1998. Bahaya kepada ekonomi negara. Tak boleh dibiarkan gejala jenayah golongan berkuasa dan berada!! Ini trend baru mereka. Tindakan mesti diambil segera!!

Kita kata: Well done, YB!! Bongkar dan dedahkan pekung mereka. Mentang-mentang ada kuasa, mereka ingat mereka boleh buat sesuka hati mereka. Tak boleh ikut pintu depan... ikut pintu belakang. Dedah.. jangan kira siapa mereka!!

Raja Petra juga tiba-tiba hilang...

Kata depa: Eleh.... takut kena penjara ler tu. Dah bersalah dan tak boleh nak defend diri lagi, so... lari ler. Itu jalan paling selamat.

Petra kata: Aku tak percaya pada polis dan sistem kehakiman negara boleh memberi keadilan kepada aku. Aku belah bukan sebab aku takut... tapi aku tak percaya pada depa!!

Kata si Tan Sri Megat Najmuddin: Baliklah. Buat apa nak terus larikan diri. Mari balik dan tegakkan keadilan. Negara sedang menuju era ketelusan.

Kita kata: Suruh Raja Petra balik?? Nak mampus!!! Sistem Kehakiman sudah menuju era ketelusan. Weh... tolong jangan buat lawak bodoh. Tan Sri kita ni nampak gayanya celik tetapi buta!! Oi.. lihat dan pikir. Pikir pakai akai sikit.... tak usah pakai akai banyak, sikit pun cukuplah.

Sebenarnya, banyak lagi ceriter tentang kehilangan. Negara kehiangan RM100 billion semasa era pemerintahan Che Det. Ceriter kehilangan PI Bala Subramaniam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Darul Ridzuan yang kehilangan kuasa akibat rampasan kuasa yang di kepalai Najib. Negara kehilangan sumber pendapatan secara sia-sia akibat rasuah, salah urus tadbir kewangan, penyelewengan dan pemborosan. Kantung Petronas hilang duit kerana digagau oleh kerajaan UBN. Dan... kereta hak milik kerajaan hilang pun SUK kerajaan UMNO/BN boleh kata dia tak tahu. Pelik dan menjelikkan!!

Tetapi... apa yang pasti semua individu serta kerajaan yang terlibat dan mengakibatkan berlakunya kes-kes kehilangan ini..... tidak reliable, tidak telus dan tidak bertanggung jawab. Kesannya... negara dan sistem yang ada, HILANG CREDIBILITY, INTEGRITY dan MARUAH!!!

Jangan bertindak 'membunuh' diri sendiri

Apa hal pulak ada 'pihak' tertentu mahu PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat?? Tak masuk akal betul. Inilah kerja orang bodoh yang nak memperbodohkan orang lain. Ini namanya kerja banggang bin bahalol!!!

Fuuulaaamak... kalau tengokkan gelagat para peserta demonstrasi ini, nak tergelak pun ada. Sori... sori... bukan nak tergelak tetapi dah tebahak-bahak punya gelak. Lakonan paling kaku yang pernah aku tengok. Siap bawak sepanduk... dengan pelbagai saranan buat PAS. Ini salah satu contohnya.


Jadi boneka DAP dan PKR?? Astaqfirullah... siapa pulak jadi boneka kepada siapa ni?? Ketiga-tiga parti ada integriti dan kredibiliti masing-masing. Kalau tak ada ... takkan rakyat beri kepercayaan untuk memerintah Selangor. Siapa sebenarnya mahu PAS keluar daripada Pakatan Rakyat?? Penyokong PAS atau UMNO??

Rasanya, para penyokong PAS taklah giler babi, bertindak sampai begitu sekali tetapi UMNO punya penyokong tak mustahil.... sebab, ia memang sudah sedia meroyan sejak Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Dan... sejak idea UG ditolak oleh para penyokong dan akar umbi PAS, lagilah mereka giler babi ya amat sangat.

PAS menghadapi masalah sokongan bukan-Melayu disebabkan UG, jadi takkanlah ia bodoh sangat nak keluar dari Pakatan Rakyat pula. Bunuh diri namanya tu... Setelah semuanya reda, terutama... selepas UG dikunci dan Konvensyen Pakatan Rakyat diadakan serta Pakatan Rakyat bakal dirasmikan dan hanya menunggu untuk mendapatkan kelulusan ROS saja, PAS pasti tidak akan menjejaskan peluangnya untuk menang dalam PRU13 nanti. Selagi penyokong bukan-Melayu menyokong dan mengundi PAS, selagi itulah UMNO berada dalam bahaya. Menyedari hakikat inilah, UMNO semakin gelisah dan gelabah.... kerana mereka sedar, peluang untuk merampas semula Selangor amat tipis.

PAS sebenarnya tak ada masalah dengan PKR dan DAP. Yang bermasalah dengan mereka ialah mereka yang kempunan nak terajui kuasa di negeri Selangor serta dua tiga kerat pengikut mereka yang terkena penyakit ketagihkan UMNO. Kalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat... sudah pasti PAS di Selangor akan kecundang menonggeng dalam PRU 13 nanti. Jika, PAS kekal dalam Pakatan... harapan untuk menang amat cerah tetapi kalau ia keluar... alamat menangis tak berlagulah!!

Lantaran itu.... usahlah termakan dan terpedaya dengan lakonan drama tajaan UMNO ni!!! Ini semua adalah tindak tanduk UMNO dan para penyokongnya yang terdesak. Terdesak dan kemarukkan kuasa!! Kuasalah sebenarnya yang menjadi kegilaan mereka. Sebab itu mereka bertindak macam orang gila!! Mereka ingat orang akan percaya dan terpedaya. Pigiraaahhhh!!!

Cuba tengok gambar ini pulak. Ha ha ha ha... demi Islam, PAS kena keluar daripada Pakatan Rakyat. Ya ke?? Habis... keluar Pakatan, kemudian nak masuk UMNO, begitu?? Isy... isy.. isy... usah buat lawaklah!! Karang aku tergelak sampai termuntah, susah pulak. Fuuuiiyoo.... UMNO memperjuangkan Islam!! Don't play.. play... Demi perpaduan Melayu-Islam, babe... Aha, demi perpaduan Melayu-Islam, PAS kena keluar Pakatan. UMNO ni.... jenis Melayu makan Melayu, boleh caya ka??

Aku... nama UMNO, mampus hidup balik, tak percaya dah!! Dah serik... UMNO, parti Melayu khianat Melayu... UMNO, parti Melayu khianat kepada agama. Sebab itu pada aku... UMNO parti lahanat!!

Sekiranya memang ada para penyokong PAS yang berdemonstrasi menggesa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, maka... memang bangganglah mereka. Dan... jika UMNO menjadi dalangnya, well.... silap besor ler. Frust menonggeng ler komer. Jangan harapPAS akan keluar . PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat.

By the way... berapalah agaknya samdol-samdol tu dapat untuk membiarkan UMNO mencucuk hidung mereka untuk berdemonstrasi tu?? Sorang.. RM50?? RM100?? Nasi bungkus dan sebotol air mineral, mungkin?? Ha ha ha... Alahai, Melayu... Melayu!! Malu aku, ada Melayu macam itu...

Sumber gambar: darisungaiderhaka.blogspot.com

Sunday, December 27, 2009

Nak hidup lama atau nak mati cepat??

Merokok berbahaya kepada kesihatan. Penyakit kronik akibat kesan merokok boleh membawa maut. Ada yang akan menderita sebelum mati.

Isy... tak takut ke komer-komer yang merokok ni?? Ingatlah orang yang tersayang weh? Nak ke anak komer jadi anak yatim... bini komer jadi janda... mak bapak kehilangan anak, kekasih kehilangan buah hati dan rakan kehilangan taulan?? Kesian komer... Komer dah tentu mati, tetapi orang yang ditinggalkan yang akan merana menanggung kesedihan.

Merokok tu, macam komer bakar duit, tau tak?? Jadi buat apa ler bakar duit. Dalam keadaan ekonomi tengah meleset ini, baiklah guna kesempatan ini untuk berjimat cermat dengan berhenti merokok. Duit tak terbasir dan kesihatan terpelihara.

Mulai Jumaat ini, 1 Januari, harga rokok akan naik lagi. Satu pack rokok 20 batang harga minimanya ialah RM6.40, pack 21 batang rokok RM6.70, pack 22 batang rokok RM7.05, pack 23 batang rokok RM7.35, pack 24 batang rokok RM7.70 dan pack 25 batang rokok, RM8. Itulah apa yang diumumkan hari ini.

Mak oi.... mampus!!! Giler komer. Bukan sikit duit tu weh... Ngeri aku dengornya!!

Udah-udah ler tu... Pasang tekad dan azam tahun baru untuk berhenti merokok. Aku tahu memang payah nak berhenti. Meleleh air lior. Kerajaan pun pandai. Demer tahu orang yang kaki merokok ni memang susah nak berhenti, jadi ini ler masanya demer nak gasak duit rakyat yang merokok. Ngambik kesempatan ler katakan. Ater jangan komer biorkan kerajaan ambik kesempatan ke atas komer. Jangan beli rokok.... berhenti merokok!!
Bab-bab ambik kesempatan ini, geram tu memang geram tapi.... kalau dipikirkan balik... padan muka komer yang merokok tu!!
Harga rokok naik, banyak jugak baiknya. Harap-harap ramailah yang akan berhenti merokok nanti.... termasuklah orang-orang yang aku sayangi. Udah-udahler tu sayang oi...

Nak merokok lagi?? Tak der faedahnya. Oleh itu, berhentilah merokok. Jangan zalimi diri dan keluarga anda dengan membiarkan diri dan orang tersayang menderita.

Semoga kekal hingga ke akhir hayat

Sudah dua hari tak update blog. Baca blog kengkawan pun tidak. Reasonnya... ramai orang kat rumah ni. Abang dari Johor pun ada balik dan kakak pun ada di sini. Kami semuanya sibuk. Semua berada di sini untuk meraikan perkahwinan anak saudara aku, anak perempuan ketiga kepada abang aku. Ramai berkumpul dan tidor baring di rumah aku. Rumah aku dengan rumah my brother tak jauh. Seronok... berborak sakan kami. Best giler!!

Syoknya apabila berkumpul beramai-ramai ni. Riuh rendah suasana. Kerja di rumah abang aku tak banyak sangat, sebab... serba serbi pakai katering. Cuma... kami bergotong-royong masukkan telor ke dalam sampulnya sajer. Apabila dah ramai, macam-macam ceriter... macam-macam perangai. Riuh rendah dengan hilai ketawa. Dalam seronok-seronok... rasa sedih ada juga apabila teringatkan ibu yang sudah tiada. Sudah lebih 100 hari ibu pergi.... Sekejap jer rasanya!!

Anak saudara perempuan aku, kahwin dengan orang Manir Terengganu. Sama-sama masih lagi belajar di Jakarta Indonesia. Seronok dia. Kahwin... semua emak dan bapak sponsor. Kita dulu nak kahwin, kena kumpul duit sendiri. Dah cukup duit baru berani bukak mulut pada emak bapak. No money, no kahwin.... got money then can talk about kahwin!! Maklumlah... mak bapak bukannya orang senang.

Anyway... baguslah kahwin cepat-cepat. Kerja yang baik mesti dicepatkan. Dapat elakkan daripada fitnah orang. Dan, alhamdulillah... semalam, 26 Disember, kedua-duanya selamat diijabkabulkan. Maksu doakan semoga kalian kekal hingga ke akhir hayat.

Hari ini semuanya dah selesai. Abang dari Johor pun dah pergi bercuti ke Penang dan Langkawi dengan keluarganya. Kakak dan anak-anak buah pun dah bertolak balik. Anak-anak aku pun dah balik ke Shah Alam. Tinggallah aku dengan F3M. Terasa sunyi pulak!!

Untuk menjamu mata, ini ada gambar-gambar perkahwinan anak saudara teman semalam.






Friday, December 25, 2009

Selamat Hari Natal

M3M and family, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Kristian... especially kepada Richie Tedy & Family di Sabah.


Diharapkan semua rakyat Malaysia akan bergembira dan menyambutnya dengan penuh semangat muhibah. Selamat bercuti!!

Thursday, December 24, 2009

Lari dia komer!!


Semalam, semasa di Taman Ular Perlis, aku dapat berita yang SUK Perak akan bertukar ke Kuala Lumpur. Kemudian balik dari Perlis, ternampak ini dalam shout box.. memberitakan perkara yang serupa.

Kata... Aa SUK Perak minta pindah KL

Apa maknanya ini??

Dulu... si SUK Perak ni, bukan main biadap lagi dengan Nizar Jamaluddin, MB Perak dari Pakatan Rakyat. Samdol ni berlagak, betul-betul macam barua UMNO/BN. Memang tak mengasi!! Eeeeiiii... tak pernah aku jumpa manusia yang tak semiak seperti SUK Perak yang sekor ni. Moo... mooo.. sebijik macam lembu udah kena cucuk hidung.

Sekarang, si samdol ni akan atau entah-entah udah pun ditukarkan ke KL. Apakah ini satu ini petanda yang Nizar akan kembali semula ke SUK Perak sebagai MB Perak yang sah. Tak tahan agaknya si SUK, nak bersemuka semula dengan BOSS lama dia, yang dulunya dia derhakai. Mungkin, sebab itu lari ke KL.

Walau pun kes Nizar telah selesai dibicarakan oleh Mahkamah Persekutuan pada 5 November yang lalu, namun hingga kini keputusan yang tertangguh masih tidak ada khabar dan berita yang rasmi. Siapa MB Perak?? Nizar ke MB rakyat yang sah atau si Zambry ke MB ciptaan Mahkamah??

Spekualsi bertiup kencang kononnya, keputusan sudah ada, tetapi sengaja ditangguhkan lama-lama bagi memberi cukup masa untuk Zambry bersedia menghadapi kemungkinannya DUN dibubarkan dan pilihan raya akan diadakan semula. Pandai komer ya?? Guna apa yang boleh diperkudakan untuk kepentingan komer!!

Tapi....wallahualam ler. Itu semua spekulasi belaka. Harap-harapnya, semuanya betul. Biar DUN Perak bubar dan serahkan semula kuasa kepada rakyat untuk menentukan semula kerajaan mana yang mereka suka. Kalau mereka pilih Pakatan Rakyat... alhamdulillah, tetapi sekiranya UBN menjadi pilihan, terserah ler. Kita hormati hak dan pilihan mereka.

Keputusan siapa MB Perak belum diisytiharkan lagi tetapi malaun SUK sudah melarikan diri. Entah-entah... lain-lain yang rasakan diri mereka 'haram' sudah panas bontot kot?? Ha ha ha.... Ganesan, Speaker DUN Perak yang haram, apa macam?? Tak mau lari ka??

Tuesday, December 22, 2009

Nazri sudah kincing sama Karpal

Rakyat Satu Malaysia dok tertunggu-tunggu perkhabaran daripada AG Gani Patail untuk memberi 'fiat' atau kuasa kepada Karpal Singh untuk mewakili kerajaan agar pendakwaan terhadap individu-individu yang terlibat dalam kes Lingam Korek-Korek-Korek dapat dijalankan.

Malangnya, 'fiat' yang ditunggu tak juga kunjung tiba..... tak dapat-dapat lagi. Eeerrrmm... usah haraplah si AG nak bagi. Nak mampuusss!!! Korang ingat dia berani sangat. Tak bertelor!! Dia pun tunggu arahan daripada BOSS dia. Jangan haraplah BOSS Satu Malaysia nak izinkan. Usah mimpi ler...

Sebab tu, siang-siang dia udah kata tak da bukti kukuh untuk dakwa enam jahanam tu. Ingat lagi siapa mereka? Aha... Dr Mahathir Mohamad, bekas Ketua Hakim Negara, Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Eusoff Chin, Setiausaha Agong UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor, Vincent Tan serta si Lingam Korek-Korek-Korek. Sebenarnya.. bukan tak da bukti kukuh, tetapi dia udah kena tarik hidungnya... Kalau dakwa mereka, dia pulak 'mampus'!! Ha ha ha... di'mampus'kan sebelum sempat nak mendakwa.

That's why... jangan dengor sangat cakap si Nazri tu. Auta dan temberang jer dia tu. Nak suruh AG bagi 'fiat' tu kepada Karpal, konon.... Sapa dia, si AG nak dengar cakapnya. Setakat berkokok boleh ler. Kokok yang tak da maknanya.

Satu saja cara untuk lihat enam jahanam didakwa. Kita tukar saja kerajaan. Guna kuasa kita untuk menegakkan keadilan dan memulihkan semula kredibiliti dan integriti sistem kehakiman kita.

PRU13.... perubahan akan terlaksana dengan kita MENOLAK UBN!!!

Sumber gambar: pisautoreh.blogspot.com