Harus Baca !!! Ini Tanda Tanda Jin Telah Merasuki Tubuh Kita

Beritafresh.com - zaman memang sudah moden dan canggih di era serba internet ini, namun keberadaan makhluk ghaib juga tetap menjadi sesuatu yang mencengkam bagi sebahagian orang. Serangan ghaib yang dilakukan oleh Jin untuk memperdaya manusia senantiasa selalu berlaku ketika iman manusia dalam keadaan lemah. Tentu saja ini menjadi sebuah penyakit yang perlu dirawat agar kita tidak terpedaya oleh hasutan Jin atau Syaitan. Agar tidak terpedaya dan diganggu jin maka langkah yang perlu kita lakukan adalah dengan mengetahui sejak awal apakah kita diganggu Jin atau tidak. Kali ini kami kana memberikan maklumat berkaitan cara mengesan gangguan jin pada diri kita. dengan cara seperti ini kita dapat membentengi diri dari gangguan jin, tenang saja sumber yang kami kutip adalah dipercayai kerana diambil dari buku Muhammad Adam Husain.

Gangguan yang disebabgkan oleh Jin / makhulk ghaib lainnya memang secara fizikal tidak kelihatan, namun akan cukup mengganggu emosi seseorang dan juga kemampuan untuk berfikir. Sehingga lama kelamaan juga akan berpengaruh pada kualiti kesihatan fizikal dan juga kesihatan rohani. Berikut ini Tanda tanda gangguan Jin pada diri kita:
  1. Rasa malas beribadah menyerang, dan membuat kita tidak khusyuk dalam beribadah.
  2. Sering merasa pening atau sakit kepala dalam masa yang lama tanpa sebab yang jelas
  3. Mudah marah dan susah untuk mengawal emosi, baik dalam bertutur kata atau dalam sikap perbuatan. hal ini disebabkan kerana Jin telah mengawal fikiran kita, selain itu kerana kurangnya ilmu tauhid dalam diri kita.
  4. Sukar menumpukan perhatian dan sering menerawang ke masa depan (melamun).
  5. Mudah lupa fikirannya.
  6. Malas malasan dan merasa berat atau merasa lemas fizikalnya kerana di dalam tubuh telah bersemayam Jin.
  7. Tidur tidak nyenyak dan sering insomnia
  8. Sering mimpi buruk (ketindihan)
  9. Sering berasa cemas dan sedih
  10. Lebih senang menyendiri dan berkhayal.
Itulah beberapa tanda tanda Jin mulai merasuki tubuh kita, cara ampuh untuk mencegahnya adalah dengan memperbanyak bacaan dzikir, Al quran dan mendekatkan diri pada sang Ilahi.

Subscribe to receive free email updates: