Thursday, February 2, 2012

Geng Kepala Babi Wanted!!


Pelik... Apa yang puak-puak laknat ni dapat dengan melakukan kerja-kerja celaka yang hanya mengundang kemarahan orang? Apakah mereka cuba untuk mewujudkan syak wasangka terhadap kaum lain.... kononnya itu kerja biadap mereka??

Siapa yang bertangguung jawab meletakkan kepala babi di pintu masjid di Rawang bebaru ini?? Rasanya, itu bukan kerja kaum lain... kerana mereka tidak seberani itu, lebih-lebih meletakkannya di rumah ibadat orang Islam. Sensitif gilerr tu, beb!!

Rasa-rasa kita dapat mengagak itu kerja siapa tapi malaslah nak buat tuduhan secara terbuka, sebab kita tak der bukti yang nyata. Setakat syak-syak tak main ler. Buat apa cari penyakit. Dan... tak der faedahnya cari dosa kering.

Now... bagi membantu mencari siapa culpritnya, kerajaan negeri Selangor telah menawarkan hadiah sebanyak RM10 000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya mereka yang bertanggung jawab.

Ini serius dan tak boleh dibiarkan. Demi menjaga sensitiviti dan keharmonian kaum, tindakan tak bertanggung jawab ini mesti dihentikan dan tindakan tegas perlu diambil terhapap mereka yang bertanggung jawab.

SHAH ALAM 1 FEB : Kerajaan Selangor menawarkan ganjaran RM10 ribu kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat sahih sehingga tertangkapnya individu yang bertanggungjawab meletakkan kepala babi di Masjid Nurul Iman, Rawang, semalam.

Exco Selangor, Rodziah Ismail berkata inisiatif ini adalah bertujuan menangkap pesalah sebenar sebelum ia menjadi isu sensitif seperti yang berlaku sebelum ini.

"Malangnya insiden sebelum ini tiada sebarang tangkapan yang dibuat, mungkin dengan usaha dan tanggungjawab daripada orang awam mampu membantu siasatan polis sekaligus membawa pesalah kehadapan dengan cepat,"katanya dalam satu sidang media sejurus selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri hari ini.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian 1-800-888-2824.

Pagi semalam, anak kariah Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang dikejutkan dengan penemuan satu kepala babi di pintu masuk utama masjid itu.

Kejadian yang dilaporkan seawal jam lima pagi itu hanya disedari apabila ahli jawatankuasa masjid membuka pintu pagar utama.

Pihak polis bagaimana pun tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi.

Sebelum ini, Masjid Al-Falah di Taman Desa Jaya, Johor Bharu digemparkan dengan penemuan empat kepada babi di pagar belakang masjid manakala selebihnya ditemui di perkarangan luar pintu masuk masjid keesokkan harinya oleh jemaah yang ingin menunaikan solat subuh.-TVS NEWS

0 comments: