Sunday, January 29, 2012

UMNO pun tak siorkan Hassan Akidah


Naib Presiden UMNO iaitu Zahid Hamidi kata, Hassan Ali tak perlu masuk UMNO. Berjuanglah dari luar agar lebih mudah dia nak perjuangkan apa yang dia kata dia nak perjuangkan. [sini]

Hahahaha.... Apakah Zahid Hamidi cuba katakan yang UMNO tak berminat nak perjuangkan akidah umat Melayu Islam di Malaysia yang banyak dah tergelincir?? Apakah perjuangan mahu membetulkan dan menyelamatkan akidah orang Melayu Islam ialah perjuangan Hassan Ali?? Apakah UMNO, not interested??

Sebenarnya, UMNO lebih suka bangsa Melayu hanyut. Kalau bangsa Melayu kuat beriman dengan agamanya, UMNO akan dapat susah. Banyak Melayu yang teguh Islamnya pasti akan sokong PAS. Kesedaran bangsa Melayu tentang Islam yang syumul, akan merugikan UMNO. Hai... UMNO bukan ke banyak buat kerja-kerja mungkar. God fearing muslims takkan nak bersekongkol dengan parti yang buat banyak perkara mungkar yang dikutuk Allah SWT??

Jika ini berlaku, akibatnya nanti..... terpinggirlah UMNO. Bangsa Melayu akan meninggalkan UMNO dan UMNO akan tumpor bersama-sama mereka yang masih ketegor. Begitu juga mereka yang hardcore.... dulu, kini dan selamanya, mahu bersama UMNO.
Link
Sebab tu, institusi-institusi yang boleh menguatkan iman serta akidah orang Islam, seperti sekolah-sekolah agama dianaktirikan. Dan, di Jabatan-jabatan Agama Islam serta Majlis-majlis Agama Islam negeri, yang sepatutnya memainkan peranan dan memikul amanah menjaga, memelihara serta mengukuhkan akidah umat Islam, mereka letakkan orang-orang UMNO untuk menguasainya. Mengapa?? Supaya senang ia dimanipulasi mengikut kepentingan politik mereka.

Lihat apa jadi pada wang zakat. Ia dieksploitasi dan agihan serta pengunaannya tidak diurus tadbir dengan betul dan adil. Tidak ada ke program yang berkesan dirancang dan dilaksanakan untuk membantu orang Islam, terutaman yang miskin tegar secara serius. Pulak tu, kekadang bantuan yang diberi pun, dibuat secara pilih kasih. Ada double standard. Ada yang patut dapat bantuan tapi diabaikan. Maka terkapai-kapailah mereka dibuai kemiskinan dan kesengsaran. [sini dan sini]

Sebaliknya, ada pulak yang tak sepatutnya dapat.... tetapi diberi bantuan itu dan ini. Yang lawaknya.... ada ke pulak wang zakat digunakan untuk biayai kos guaman orang yang kaya raya, hanya kerana dia ada kedudukan dalam kerajaan UMNO??

Hahahaha.... Tak ke gila puak-puak UMNO ni?? Sebab tu, UMNO tak berminat nak pelawa Hassan Ali masuk UMNO kerana dia seorang pejuang akidah [kononyer ler], sedangkan perjuangan UMNO lebih kepada membesarkan perut dan tembolok mereka saja. Untuk itu, mereka perlukan kuasa. Jadi, mereka sanggup lakukan apa saja untuk terus berkuasa. Aaaahhh... Persetankan akidah umat Melayu Islam. Melayu Islam lemah, UMNO akan di'sembah'

Kesian Hassan Ali. Terlopong ler dia. Perjuangan dia dan UMNO tak ngam. Nampaknya, dia terpaksaler berjuang secara 'solo' berplatformkan Himpun. Itu pun jika hayat Himpun panjang. Kalau tidak....???

Hahahahaha.... you all visual-kan-lah sendiri nasib si Hassan Ali. Aku malas nak peningkan kepala memikior dan ambik pot pasal nasib, malaon tak mengasi ini.

Itu sebab, orang tua dah kata.... penyakit jangan dicari. Arrrr.... kau carik penyakit, kau tanggunglah sendiri.

2 comments:

zack said...

Masih beribu kami di sini yg akan bersama dato hassan ali...kami berada di dlm dan di luar parti....gerakan kami lebih teratur dan teliti malah lebih halus....tunggu masa yg sesuai kamimakan bertindak....kekuatan sedang di bina utk memastikan islam terus terpelihara....bila masa yg tiba kami akan nyahkan parasit parasit serta perosak islam dari jemaah...insayallah allah bersama kami.....takbir!....elok lah kami di under estimate sebab one day u guys wil get shocked!! Dengar apa yg kami akan persembahkan di bangi dua mlm lagi....segala kemungkaran parasit parasit serta puak gila kuasa dlm kerajaan selangor akan terus dibongkar....umat semakin menunggu nungu apa seterusnya.....di penang sambutan sgt mengejutkan...umat dahagakan pembelaan bukan retorika putrajaya puak anwarinas yg melacurkan bangsa dan agama demi memenuhi cita cita peribadi....percayalah ummat yg sensitif akan terpanggil utk bersama kami kerana mereka sayangkan agama dan uhkhwah persaudaraan sesama islam...mereka tidak mahu lagi tertipu dgn harbi DAP dan pluralsme liberalisme PKR yg sanggup buat apa saje termasuk makan daging sesama ummah demi cita cita jahat mereka....kami akan terus bersma HIMPUN demi islam melayu dan raja......insyallah dlm setiap hati umat islam kini sudah mula terdetik utk membela ummah yg di untakan DAP..... Kami masih punya masa utk terus bergerak GEGARKAN tanah air dengan segala macam cerita benar tentang islam yg di unta kan oleh parasit parasit agama...tungguuuuu....takbir!

Amri Mat Saaid said...

ate mun kaki kencing UMNo pun xbulor