
28 Januari 2012
KOTA BHARU - Hasrat Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding pada pilihan raya umum ke-13 akan datang menunjukkan sesuatu yang tidak kena dalam parti itu, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussein.
Beliau berkata, kenyataan terbuka presiden parti itu adalah sesuatu yang amat luar biasa sebagai petanda bahawa Pas kini berada dalam kancah pergolakan.
"Mungkin ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam parti itu menyebabkan Presiden sebuah parti sanggup menyatakan pendirian terbuka untuk tidak bertanding dalam pilihan raya," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas meyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman kerjasama pemasaran antara syarikat AFPM Lifestyle Sdn Bhd dengan Jalinan Prospek (M) Bhd di sini, hari ini. Syarikat AFM Lifestyle diwakili oleh Pengarah urusannya, Agil Faisal Ahmad Fadzil, manakala Jalinan Prospek diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haliza Mahidi.
Awang Adek berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Abdul Hadi antaranya berkata keputusan beliau itu dibuat memandangkan khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama sebagai wakil rakyat, iaitu lebih 30 tahun lepas.
Beliau berkata dengan kenyataan Abdul Hadi itu, Pas tidak boleh bersembunyi dengan pergolakan yang berlaku memberi kesan kepada pemimpin tertinggi parti itu.
"Sebagai parti yang besar, kenyataan itu amat luar biasa, ini mungkin kesan konflik yang berlaku dalam Pas, termasuk isu pemecatan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali," katanya.
"Situasi ini juga mungkin memberi tamparan hebat kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang sepatutnya membuat keputusan seperti itu memandangkan beliau telah uzur dan sudah lama sebagai Menteri Besar Kelantan," katanya. - Bernama
UMNO Kelantan ni memnag paranoid!! Orang tawar diri tak mahu bertanding... derang kata PAS bergolak. Ciittt..!! Apa punya mentaliti daa.
Weh... itu satu contoh yang baik yang menunjukkan para pemimpin PAS tidak gila pada jawatan dan kedudukan seperti UMNO. Apabila rasa dah tak mampu nak pikul amanah.... tak payahlah bertanding. Kasi peluang orang lain pulak. So.. apa masalahnya. Itu satu tindakan yang paling macho.
Lepas tu, mereka nak kenen dan perli pulak ke Tok Guru Nik Aziz. Paranoid betoi!! Walau pun dia dah lama memimpin Kelantan tetapi kepimpinannya masih diperlukan oleh rakyat Kelantan.
Selain itu, dia masih mendapat kepercayaan parti. Selagi dia mampu dan selagi rakyat masih sayangkannya, mengapa harus dia berhenti??
Dia tak perlu ikut kemahuan UMNO, sebab bukan UMNO yang pilih dia. Dia diberi mandat oleh rakyat. Jadi, UMNO boleh shut up dan jangan menyibuk??
Apakah UMNO Kelnatan sedar yang mereka tak boleh nak tawan Kelantan kerana pengaruh Tok Guru Nik Aziz terlalu kuat di Kelantan?? Aha... UMNO takut dengan pengaruh Tok Guru, ek?
Hahahaha.... tau tak per!! Dan, tak mananyer PAS bergolak. PAS maintain kukuh, malah bertambah sejahtera setelah terkeluarnya duri dalam dagingnya. InsyaAllah... PAS akan kekal memerintah Kelantan. So... UMNO Kelantan bersedialah untuk gigit jari.
Hidup Tok Guru Nik Aziz!! Hidup PAS!! Hidup rakyat Kelantan!!



1 comments:
Yang mampu umporno persembahkan ialah air liur dan taik gigi.
Post a Comment