Friday, January 27, 2012

Kuasa ketiga?? Kah kah kah... Poooraahhh!!


Ya Allah.... perasan betoi si parasit ni. Perasan... kononnyer dia banyak penyokong dan boleh dapat banyak penyokong untuk bentuk kuasa ketiga.

Kah kah kah kah.... Don't play-play. Hassan Ali nak bentuk kuasa ketiga, I tell you.

Hmm... cukuplah tu. Malas aku nak layan kerenah orang perasan hebat ni. Lantak kamuler!!

Hassan Ali Bentuk Kuasa Ketiga Untuk PRU13


KUALA LUMPUR, 26 JAN : Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mahu menerajui apa yang dinamakan beliau sebagai kuasa politik ketiga bagi pilihanraya umum yang akan datang.

Hassan, yang dipecat daripada Pas dan digugurkan sebagai Exco Kerajaan Selangor berkata beliau berbincang dengan beberapa pihak berhubung kemungkinan mewujudkan satu gerakan baru yang boleh memberi impak kepada keputusan pilihanraya umum akan datang.

Beliau berkata demikian dalam program Soal Jawab anjuran TV3 malam tadi.

"Memang ada kemungkinan bahawa kuasa ketiga ini boleh membantu menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan seterusnya jika berlaku senario jurang keputusan pilihanraya tipis,"" kata beliau.

"Kuasa ketiga bangkit kerana ia adakah impian rakyat yang membolehkan memberikan manfaat kepada mereka dan negara dengan menganalisis senario masakini," tambah beliau lagi.

Hassan berkata mereka yang mahu menyertai barisan baru ini harus mempunya nilai moral yang tinggi, tidak melakukan zina atau berpelesiran dengan gadis-gadis muda, tidak terbabit dengan perlakuan sodomi, bersih dari rasuah serta tidak menyalahgunakan kuasa.

Beliau juga menambah bahawa pemimpin-pemimpin berkenaan perlu memiliki latarbelakang agama yang baik dan keutamaan akan diberikan pada golongan muda.

Menurutnya lagi, adalah penting bagi pemimpin kuasa ketiga komited kepada tujuan tersebut di samping keupayaan untuuk berinteraksi dengan pihak lain.

Hasan dipecat dari PAS awal bulan ini kerana didakwa membelakangkan kepentingan parti walaupun diberi amaran dan nasihat oleh pimpinannya.

Hasan dipecat pada 8 Januari lalu, setelah meminta mahasiswa memulau sebuah perhimpunan untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena keputusan mahkamah bersabit kes liwatnya.

Hasan mendakwa Pas diresapi dengan kumpulan parasit yang dikatakan mahu mengubah hala tuju perjuangan Islam parti itu dan berikrar untuk mendedahkan mereka menerusi siri ceramah di seluruh negara bulan depan.

Dalam wawancara semalam, Hasan menegaskan tidak akan merayu pemecatannya dan sebaliknya akan memberikan sokongan untuk membentuk gerakan kuasa ketiga bertujuan menyatukan kaum Melayu serta mempertahankan agama Islam.-AntaraPos.Com

0 comments: