Saturday, January 28, 2012

Gapo nak undur diri dan tak mau bertanding lagi,Tok Guru??


Tok Guru Haji Hadi melahirkan hasratnya untuk mengundurkan diri daripada bertanding dalam PRU13 nanti??

KUALA LUMPUR, 28 Jan — Disebalik persiapan dan harapan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan hasrat mahu berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Kata Hadi, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat. [Seterusnya di sini]

Wait a minute.... wait a minute... Apakah kerana kemelut Hassan Ali yang mendorong beliau berbuat demikian??

Maklumlah.... namanya sering dikaitkan dengan perbuatan khianat Hassan Ali and the geng, dalam isu UG. Lantas, demi kesejahteraan parti yang dicintai serta mungkin juga untuk menjaga maruah diri, maka Tok Guru berkira-kira untuk mengundur diri?? Wallahua'lam...

Tapi, sekiranya ini berlaku, kita akan kehilangan seorang tokoh yang amat disegani pihak lawan dan kawan. Walau bagaimanapun kita berasa lega kerana beliau serahkan hasratnya itu kepada parti dan akan akur dengan apa jua keputusan parti. Pun begitu.... jika masih diperlukan, beliau hanya mahu bertanding untuk satu kerusi sahaja. Terpulang kepada parti samada mahu melatakkannya di DUN atau pun Parlimen. Alhamdulillah....

Walau pun beliau seorang ulama, namun beliau juga manusia. Ya, manusia tidak ada yang maksum. Manusia tetap ada membuat kesilapan samada disedari atau pun tak sedari. Sebab itu, manusia mesti selalu muhasabah diri dan perbaiki kelemahan diri. Selalu minta ampun pada Allah SWT. Mungkin itulah yang telah dilakukan oleh Tuan Guru Haji Hadi. Wallahua'lam...

Oleh demikian, beliau terus istiqamah bersama perjuangan parti yang dipimpinnya. Inilah yang dikatakan pejuang..... sedar diri dan rela berkorban demi perjuangan dan parti. Tidak gila kuasa dan tidak kejar pangkat dan kedudukan. For better or for worse... terus istiqamah bersama perjuangan dan parti.

Tak macam yang 'sorang' tu... tak dapat apa yang diingini, mula tunjuk 'belang' dan his true colours. Go round 1Malaysia bikin roadshow untuk buat onar dan cuba perbodohkan rakyat.

Well... too bad. Rakyat dah tahu siapa sebenarnya kamu...


0 comments: