
Sikalang lu olang tahu siapa itu Perkasa maa. Sebelum lia kasi lu olang 'mati'.... lu olang kasi lia 'mati' lulu. Ini olang sulah talak leleven. Kasi tanam sama lia!!
Kah kah kah kah kah...
Angpow Putih: Gerakan Tuntut Perkasa Mohon Maaf
KUALA LUMPUR: Gerakan meminta PERKASA memohon maaf kerana menghina masyarakat Cina dengan pemberian angpow dalam sampul putih pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina oleh pertubuhan itu pada Ahad.
Naib presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berkata pemberian angpow dalam sampul putih pada Tahun Baru Cina - sebagai festival kegembiraan - menunjukkan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tidak sensitif dan tidak ikhlas.
Putih dianggap sebagai warna yang digunakan dalam upacara kematian dalam adat resam kaum Cina.
"Sebagai ahli Parlimen dan berada dalam politik untuk bebeberapa tahun, Ibrahim masih tidak tahu kebudayaan kaum lain dan sebab itu dia terus mengeluarkan banyak kenyataan tanpa berfikir," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Bakar berkata oleh kerana jumlah hadirin yang besar pada majlis itu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, pihaknya kehabisan sampul berwarna merah dan terpaksa memberi angpow dengan menggunakan sampul warna putih.
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Chai Kim Sen berkata tindakan PERKASA itu tidak menghormati budaya dan adat resam kaum Cina.
Katanya Ibrahim harus bertindak atas kepentingan rakyat dan memahami masyarakat pelbagai budaya dan pantang larang setiap kaum dan agama.
"Tidak dapat diterima bahawa tidak tahu boleh dijadikan sebagai alasan," katanya dalam kenyataan. BERNAMA
[sumber]



2 comments:
Nak bodek..! tapi tak tau cara..Orang macam ni bleh jadi pemimpin ke? Tu pu dia pernah kat "saya pun boleh jadi PM"..Oii..tokeh..! Pergi lah cermin muka dulu..!!
kata nak ambil hati kaum tiong hua,namun kantoi kena kreeekptuiii,buta sejarah,dah tua nak mampus pun masih buta...itulah pemimpin2 katak melalak nak jadi wakil rakyat tapi tunjuk bodo tahap taikk,memalukan melayu
Post a Comment